My Journey As BCS - Part 3

After meeting with the doc, we decided to go home. My parents and my bro going back to his house while me and my husband going back to our house. What an exhausted day, physically and mentally. That night, when we performed our solat maghrib together, suddenly suara suami saya tersekat-sekat masa berdu’a dan dalam du’anya adalah ‘Kau selamatkanlah isteriku’. Tiga kali ayat tu diulang. Both of us was trying so hard not to cry but Allah, seriously dalam situasi masa tu siapa saja di tempat kami pun mesti akan nangis.

Saya perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum operation dijalankan. Saya sempat makan makanan yang mak sediakan sebelum subuh. Dalam pukul 7.15 pagi, saya dan suami bergerak ke hospital dan mak ayah saya akan menyusul kemudian. Even operation dijadualkan pada pukul 3 ptg, tapi pagi tu saya dikehendaki untuk buat beberapa procedure lagi. Saya check in for admit tapi saya tak dapat lagi bilik sebab most of it was not available. Kami terpaksa menunggu sehingga bilik kosong. In a meantime, doc saladina ask me to go to x-ray department for ct scan procedure and masukkan wayar to my left breast to mark the lump. Sebelum ct scan, saya perlu minum 2 cawan air gula. Ok la the taste was not so bad I guess. Then saya masuk dalam satu bilik. Suami saya tak dibenarkan masuk sekali hanya patient saja dibenarkan. Dalam bilik tu ada some sort macam satu terowong. Nurse minta saya baring di depan terowong tu. sebelum tu saya perlu tanggalkan semua pakaian dan pakai baju yang disediakan. Nasib baik walaupun saya sorang, staff kat situ semuanya nice and soft spoken. Kalau saya takut, dorg banyak cakap untuk tenangkan saya. Setelah baring, saya dimasukkan ke dalam terowong tu, kemudian nurse datang semula dan inject some cecair dalam badan saya. Masa cecair tu dimasukkan, saya rasa panas satu badan. Ct scan procedure ni amik masa dalam 15 minit. Sebaik saya keluar dari bilik ct scan, saya cepat-cepat pegi toilet sebab rasa nak membuang sangat-sangat. The nurse said that is normal situation. Then saya dipanggil masuk dalam satu bilik untuk satu lagi procedure. Kali ni doc perlu masukkan wayar lebih kurang macam cangkuk untuk mark the left lump. Even doc bagi ubat bius, Allah je yang tau macam mana sakitnya. Procedure ni agak lama sebab lump sebelah kiri kecil sangat dan susah nak detect. Habis je procedure tu, sya keluar dari bilik dan nampak suami, officemate (hatta and fahme) dan mak ayah saya.

Later on, kak long saya pun datang and kami semua tunggu di lounge room. Kak long bawakkan 2 novel untuk saya sebab dia tau saya hantu novel and a cute teddy bear for me. Dalam pukul 1 lebih kalau tak silap, saya baru dapat bilik tu pun kongsi dengan patient lain. I asked for single room and the nurse said nama saya dalam waiting list. Bilik masa tu memang banyak tak available. Dapat masuk wad, ayah dan suami saya tak dapat tunggu sebab kena solat jumaat. Sebelum tu saya sempat salam ayah dan suami takut tak sempat jumpa sebelum masuk OT room. Mak dan kak long keluar kejap untuk lunch. Saya sempat solat zohor dulu dan kemudian doc bius datang dan asked me for a few question. Saya memang minta semuanya doc perempuan. Dalam pukul 2.30, kak long, mak dan adik saya,wan dah ada bersama saya. Nurse datang dan minta saya untuk bersiap-siap sebab dorg da ready nak bawak saya ke OT room. Mak, kak long dan wan sentiasa ada kat sebelah saya sampai ke depan bilik OT. Sebelum masuk, saya sempat salam dan minta maaf semua. Rasa sebak sangat but saya cuba untuk tahan. Sebelum masuk OT, saya ditempatkan dalam waiting room. Sejuk gila kat situ sampai badan saya memang obviously menggigil. Nurse bagi double selimut untuk saya. Masa tengah tunggu tu, tiba-tiba saya nampak doc saladina came to me. Saya rasa lega at least saya nampak orang yang saya kenal. She was so calm. Kemudian saya ditolak masuk ke OT room. Dekat situ ada doc saladina, the one who operate me and doc bius. Saya rasa masa tu macam saya berlakon dalam series grey anatomy or ER. Lampu besar atas kepala saya dan macam-macam medical things yang saya tak tau. Sebijik macam dalam cite grey anatomy. Haha yes that is my favourite series actually. Sempat lagi kan saya masa tu. Doc saladina siap leh gelak-gelak dan peluk saya untuk tenangkan saya. Then doc bius datang dan tangan saya ditarik. Saya rasa masa tu doc da masukkan ubat bius. Saya rasa tangan saya sakit and I asked the doc. Then doc bius letak something lebih kurang mcm neb dekat hidung and snap saya terus pengsan dan tak ingat.

Saya terjaga dan first thing saya nampak jam masa tu menunjukkan pukul 6 lebih. Saya tau saya sudah operate dan dalam recovery room. Saya belum dipindahkan lagi ke wad. Saya rasa sakit ada staff nurse yang masukkan pain killer for my pain. But still saya rasa sakit sikit. Saya dah tak sabar nak keluar dan masuk wad balik. Saya keep tanya nurse kat situ bila saya boleh keluar dan pindah masuk wad. Bila saya sedar, saya check ada 1 botol kat bawah ketiak saya. Doc saladina did mention botol tu untuk keluarkan cecair lepas operate. Saya lega sebab only 1 botol dan bukan 2. Doc saladina ada inform, masa dia buat surgery, dia akan buang the whole my right breast, buang lump at my left and amik a few sample dekat ketiak saya. Sample tu akan akan ke lab untuk tau sama ada cel cancer dah spread ke situ atau belum. Alhamdulillah cel cancer belum lagi spread ke ketiak dan sebab tu ada 1 botol je. If let say the cel da spread ke situ, doc akan buang sekali semua di bahagian ketiak and sebab tu akan ada 2 botol. Syukur alhamdulillah hanya ada 1 botol saje. A good sign isn’t it?

Pukul 7 saya mula ditolak naik ke wad semula. Masa nurse tolak katil saya, saya cari all the familiar faces and yes saya nampak suami saya. Suami saya tunggu di hospital sampai saya habis operate. Nampak muka suami saya penat tapi tetap senyum dan cium dahi saya. Saya terus diletakkan dalam single room. Alhamdulillah dapat bilik single room juga akhirnya. Saya start rasa lapar dan haus. Suami saya try suapkan saya buah limau dulu. Usually nurse suruh start makan sikit-sikit takut saya akan muntah disebabkan side effect of ubat bius. Tapi lepas makan limau, saya suruh suami suapkan nasi goreng kampong. Yes dinner da ready masa saya masuk wad tu. alhamdulillah selera makan saya ok dan saya tak muntah-muntah. Maybe sebab saya sangat lapar sebab start puasa since subuh tadi. Dalam pukul 8.30 mlm mak, ayah dan wan pun sampai. Kebetulan doc saladina pun sampai sekali untuk tengok condition saya. Doc cakap a few things to us and she said it’s good news that cel cancer didn’t spread to ketiak yet. Sebab normally, if cel start merebak, first thing akan spread to ketiak and salur darah. Dalam masa yang sama, doc refer result based on my ct scan yang saya buat pagi tadi cel belum merebak kat bahagian anggota yang lain.My ct scan showing a positive result for me. Tumor and lump yang doc operate tadi, telah dihantar ke lab untuk pemeriksaan dan akan dapat result seminggu selepas tu. Doc saladina did mention to my ayah, suami and wan kemungkinan saya stage 1 and tak perlu chemo tapi jangan put high hope sebab normally by the age like me, selalunya cel cancer agak aggressive dan tetap perlu buat chemo.


It’s okay sebab saya da rasa sangat happy with all news yang doc cakap tadi. All family members pun da start senyum dan lega bila dapat tau there’s slight positive hope for me. Sungguh Allah, saya rasa syukur sangat. 

To be continued...

Comments

Zangguras said…
Get well soon.. lama x masuk sini baca ;)
SundaeCone said…
insya Allah amin.. ahha selalu la jenguk ke sini :)

Popular posts from this blog

My Journey As BCS - Part 1

My Journey As BCS - Part 2