game I

wanna play a game . . check this out
. . . . . .
. . . . .
. . . .
. . .
. .
Mengira tarikh lahir dan ketahuilah personaliti anda.
Contoh: 28/8/1980 == 28 + 8 + 1980 = 2016
maka, 2 + 0 + 1 + 6 = 9
. Nombor = 9 (Jadi nombor lahirnya ialah 9)
1. Ketulenan
  • Hadir dengan idea baru.
  • Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri
  • Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
  • Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss. Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka
  • Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai
  • Dilahirkan sebagai diplomat.
  • Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
  • Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
  • Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
  • Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3.Ceria
  • Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding
  • Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
  • Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya
  • Mereka sangat popular dan idealistik.
  • Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik
4. Konservatif
  • Golongan ini sangat peka dan tradisional.
  • Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
  • Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
  • Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian.
  • Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar
  • Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
  • Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
  • Mereka adalah perintis.
  • Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat.
  • Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat
  • Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi.
  • Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
  • Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan
6. Romantik
  • Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira.- Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka.
  • Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang.
  • Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik.
  • Mereka suka seni musik.
  • Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius.
  • Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya
7. Intelektual
  • Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi, dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah
  • Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
  • Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
  • Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
  • Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
  • Mereka sangat suka berahsia.
  • Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
  • Golongan ini adalah penyelesai masalah.
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
  • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
  • Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
  • Mereka sangat penyayang dan pemurah.
  • Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
  • Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
  • Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
  • Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood).
  • Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
<><><><><><><><><><><>

im no 8 . .

  • Golongan ini adalah penyelesai masalah
Comment : yeah rite. but then my own problem pn x setel2
  • Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Comment : perghh xde laa profesional sgt. im just so-so laa. hmm..ade certain part that i can be honest only on the certain ppl. bkn sorg penilai yg baik and not that too strict.
  • Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik
Comment : i have my own plan future but normally x sempat nak achieve cuz im too busy with others plan. btw all ppl like to live in a good life and that is for sure.
  • Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif
Comment : im not that kind of person who knows how to handle ppl. but sumetimes at certain part ttb terer le lak.
  • Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua
Comment : saya x suke bg arahan kt org. heheh..
  • Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
Comment : yup definetely true.

Comments

~rukia_kuchiki said…
salam kak na... dh lama x jenguk blog nih..hmm..bizi sgt2, blog sndri pon x update..uhu

watever u do..all the best! tk care!
ima dh stat paper hr ni..doakan ye.. =)

p/s : apsal ima nyer calculation value x temasuk dlm list 1-9 tuh? ima nyer 28..
SundaeCone said…
lorh..ima nye 28 ek..then 2 + 8 = 10, then 1 + 0 = 1..
so ima nye yg 1st.uhuh..

Popular posts from this blog

My Journey As BCS - Part 1

My Journey As BCS - Part 2

My Journey As BCS - Part 3