This awesome blogger theme comes under a Creative Commons license. They are free of charge to use as a theme for your blog and you can make changes to the templates to suit your needs.
RSS

Maulidur Rasul


Damai yang dirasa
Melihat warnanya
Tenangnya di mindaku
Suasana kehijauan yang indah
Kicauan beburung rimba
Berterbangan bebas di dalam rimba raya
Pepohon turut berlagu
Menerima sentuhannya
sinaran sang mentari hari
Di alam rimba damai dirasa
Segala-galanya terlukis sempurna
Di alam rimba keajaibannya
Pesona di jiwa
Di rimba tiada
Derita sengketa
Tiada kudengari
Tangisan sepi yang mengguris hati
Sang pelangi ceria
Menanti kehadirannya gerimis senja
Bisikan desiran air
Turut sama menghiasi keindahan ciptaan Ilahi
Maulidur Rasul jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam). Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
petikan di ambil dari wikipedia just for information to all readers. ttb teringat masa kecik2 dlu slalu ikut mak pergi berarak dari rumah ke rumah masa maulud nabi. org2 tua sibuk marhaban sume but kitorang yg kecik2 sibuk gak tp sibuk main plus makan..hehe..but then kitorang pun join marhaban same gak tp...bile da kene marah ngan mak masing2..hehe..wondering amalan ini ada lagi x zaman skrg ?? hmm..ade terbaca satu article regarding saat2 wafatnya Rasulullah s.a.w ..Baginda sgt mencintai umatnye sehingga kan pada waktu baginda sedang menghadapi sakaratul maut 3 perkataan yang diucap adalah "Ummatii, ummatii, ummatiii...." - "Umatku, umatku, umatku" ..but then adakah kita sebagai umatnya sentiasa mengingati Baginda seperti mana Baginda mengingati umatnya.
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa ala alihi Muhammad

2 comments:

Anonymous said...

aiks ana..kompem ke 23 April??bkn 20 April ker?cube ko dgr lagu nasyid yg Kelahiran Nabi tu..kalo x clap aku laa 20 April.better u cek it up..ehehe..bley betulkan utk aku:D

PastaCheeze said...

ha ah laa..bile aku nyanyi blk lagu nasyid tuh mmg 20 April. then aku da tnye org yg lebih pakar dlm hal ni mmg betul 20 April.

sorry for the mistake and thanx for ur concern..

actually a bit surprise ade cuz gak org baca for this entry..uhu..sape ek org kt atas ni??*curious*